Denmark dalam Perang Dunia II
Denmark dalam Perang Dunia II

Denmark dalam Perang Dunia II

Di permulaan Perang Dunia II pada September 1939, Denmark mengisytiharkan dirinya berkecuali. Untuk keseluruhan peperangan, negara ini merupakan wilayah naungan (protektorat) dan kemudian menjadi negara taklukan Jerman. Keputusan untuk menjajah Denmark telah dibuat di Berlin pada 17 December 1939.[1] Pada 9 April 1940, Jerman menjajah Denmark dalam Operasi Weserübung. Kerajaan Denmark dan Raja berfungsi seperti biasa sebagai protektorat de facto bagi seluruh negara sehingga 29 Ogos 1943, apabila Jerman meletakkan Denmark dibawah pendudukan terus tentera, yang berakhir sehingga kemenangan Pihak Bersekutu pada 5 Mei 1945. Berbeza dengan keadaan di negara-negara lain yang berada dibawah pendudukan Jerman, kebanyakan institusi Denmark terus berfungsi seperti biasa sehingga tahun 1945. Kerajaan Denmark dan Raja kekal didalam negara yang mempunyai hubungan tidak selesa antara demokratik dan sistem totalitarian sehinggalah kerajaan Denmark meletakkan jawatan untuk memprotes tuntutan Jerman melaksanakan hukuman mati kerana melakukan sabotaj.Lebih 3,000 rakyat Denmark mati kerana disebabkan pendudukan ini.[2] Sejumlah 2,000 lagi sukarelawan Kor Bebas Denmark dan Waffen-SS, yang kebanyakannya berasal dari minoriti Jerman di selatan Denmark, terkorban di Barisan Timur[3] manakala 1,072 kelasi dagang terbunuh dalam perkhidmatan tentera Bersekutu.[4] Keseluruhannya, ini menunjukkan kadar kematian yang sangat rendah jika dibandingkan dengan negara taklukan lain dan kebanyakan negara yang berperang. Sebilangan orang Denmark memilih untuk bersubahat dengan menyertai Parti Pekerja Sosialis Nasional Denmark, Kor Schalburg, Kor HIPO dan Pasukan Peter (selalunya dengan pertindihan yang cukup besar antara peserta kumpulan yang berbeza). Parti Pekerja Sosialis Nasional Denmark terlibat dalam Pilihanraya Parlimen Denmark 1943, walaupun mendapat sokongan kuat dari Jerman namun ia hanya mendapat 2.1% undi.[5]Gerakan pemberontak berkembang di sepanjang peperangan, dan kebanyakan orang Yahudi Denmark telah diselamatkan dan dihantar ke Sweden yang berkecuali pada tahun 1943 apabila pihak berkuasa Jerman mengarahkan penahanan mereka sebagai sebahagian dari Holokus.

Rujukan

WikiPedia: Denmark dalam Perang Dunia II http://www.besaettelsessamlingen.dk/docs/default1.... http://www.dst.dk/pukora/epub/upload/20217/valg194... http://www.milhist.dk/besattelsen/ww2stat/ww2stat.... http://politiken.dk/newsinenglish/art5490859/The-d... http://nyhederne.tv2.dk/samfund/2014-03-20-oprejsn... http://www.history.army.mil/books/70-7_0.htm http://www.history.army.mil/books/70-7_02.htm http://www.ibiblio.org/pha/paw/206.html https://www.peterlang.com/view/title/58158 https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh20081139...